Dunia baru
October 11, 2009 at 7:03 am | In Experience, Monolog | 1 CommentTags: kerja, sapura

Bangunan Sapura Group di Seri Kembangan
Ku sedar ‘kerja’ masih banyak dan panjang.
Umpama bulan jatuh ke riba
September 27, 2009 at 3:44 pm | In Monolog | Leave a CommentTags: insan bernama kekasih, nasyid, unic
Hati terasa ingin melayan nasyid ini…
Selamat tinggal UK, Selamat datang Malaysia
September 1, 2009 at 1:17 pm | In Experience, Monolog | Leave a CommentTags: good bye, Nottingham, selamat tinggal
Hari ini merupakan hari terakhirku di bumi United Kingdom.
Nottingham kurasakan seperti kampung keduaku… istimewa buat diriku.
Tanah yang dahulunya kering kontang kini menyubur, dan diharapnya akan ada insan-insan yang terus menanam benih-benih.
Di sinilah ku mengenal tarbiyyah,
Di sinilah ke mengenal ukhuwah,
Di sinilah ku mengenal islam,
Walaupun gembira pulang ke tanah air, rase sedih meninggalkan bumi UK ini tetap dirasai…
Debaran juga dirasai memikirkan suasana dan cabaran yang menanti di Malaysia…
“Ya Allah limpahkan kesabaran kepada kami, perkukuhkanlah langkah kami dan bantulah kami menghadapi orang kafir.”
Aku tidak gemar akan ucapan ’selamat tinggal’ kerana ia umpama pengakhiran untuk segalanya. Jadi akhir kata untuk sahabat-sahabat di UK terutama warga Nottingham dan Lougborough, “Kita jumpa lagi!”

Ramadhan Terakhir?
August 22, 2009 at 11:33 pm | In Monolog, Refleksi | Leave a CommentTags: masjid, ramadhan, tarawih
Alhamdulillah… Baru selesai solat tarawih berjemaah. Lega hati dapat menikmati tarawih berjemaah di masjid hari ini pasal semalam tak dapat nak turut serta atas alasan bekerja. Jadi terpaksa solat bersendirian lepas habis kerja. Rasa agak sedih sebab menyambut hari pertama ramadhan sebegini… Ramadhan terakhirku di bumi UK ini?
Dalam bulan Ramadhan jamaah waktu isyak memang ramai. Adela dalam 6 ke 7 baris saff, mungkin lebih. Memang seronok melihat ramai muslim bersama-sama solat. Tapi dalam kegembiraan ini, terdetik pertanyaan… Bila tiba Ramadhan sahajakah masjid-masjid penuh? Alangkah indahnya jikalau selepas bulan Ramadhan pun masjid ini sentiasa dikunjungi oleh muslimin.
Salam Ramadhan Mubarak
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

