Subhanallah
December 28, 2008 at 11:28 am | In Around the World | Leave a Comment
Gambar di Lake District. Indah sungguh.
Subhanallah, originally uploaded by mavles13.
Eid Al-Adha 1429H
December 9, 2008 at 1:09 am | In Experience, Nottingham | 1 CommentTags: raya haji korban 1429H nottingham
Haji Menuju Allah – Raihan
Suasana solat raya Eid Adha di Jubilee Campus, University of Nottingham. Raya eid adha jatuh pada hari Isnin 08/12/2008. Alangkah menariknya raya di UK, kita dapat bertemu dengan masyarakat yang datang dari pelbagai penjuru dunia. Tidak ketinggalan juga ucapan raya oleh seorang pelajar tahun akhir Nottingham Universiti.
Taqaballahu minna wa minkum
In search for the heffalump
December 2, 2008 at 12:12 am | In Monolog | Leave a CommentTags: Monolog, Relax, Short entry, Think
An interesting phrase that caught my mind. Do this phrase make you think?
The Heffalump is a large and rather important animal. He has been hunted by many individuals using various ingenious trapping devices, but no one so far has succeeded in capturing him. All who claim to have caught sight of him report that he is enormous, but they disagree on his particularities. Not having explored his current habitat with sufficient care, some hunters have used as bait their own favorite dishes and have then tried to persuade people that what they caught was a Heffalump. However, very few are convinced, and the search goes on.
Sometimes there is no exact definition in what you believe. This is life.
Kembara ilmu
November 25, 2008 at 1:06 am | In Hadith, Refleksi | Leave a CommentTags: ilmu, nasihat
Kembali menulis sebentar.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
Kita ambil sesuatu dan tinggalkan daripada semua orang kecuali daripada Rasulullah saw. Hanya Rasulullah saw sahaja yang maksum.
Kita ambil sesuatu daripada orang berilmu apa yang mereka ingin sampaikan dan kita faham yang mungkin terdapat kekurangan pada sumber ilmu mereka. Mungkin terdapat sumber yang lebih baik daripada sumber mereka.
Kita ikut apa yang mujtahidin lakukan, mereka menuntut ilmu sesama mereka apa yang tidak diketahui. Kemudian apabila mereka menjumpai suatu yang lebih benar, apa yang mereka dapat sebelumnya mereka gantikan dengan apa yang mereka jumpa. Tetapi mereka tidak pernah memperkecilkan atau menyalahkan ilmu yang mereka terima sebelumnya.
Jika ada beberapa rakan kamu yang berilmu tentang suatu perkara, dan mereka ini bagus tapi tak seorang pun daripada mereka sempurna. Dan kalau kamu perhatikan setiap seorang akan terdapat kesalahan masing-masing. Jadi kamu tidak mahu mengikuti mereka. Apa kamu akan ikut? Kamu akan mengikut orang yang kurang ilmu daripada mereka dan apabila kamu menjumpai orang ini, dan jika kamu perhatikan secara dekat, apa akan kamu dapati? Kamu akan dapati terdapat juga kesalahan pada mereka.
Kamu pergi ke rumah dia, tengok dia main game, buang masa, jumpe ini itu, kamu dengar dia ini dan dia itu. Jadi apa akan berlaku? Kamu takkan mengikutinya. Jadi kamu akan ikut orang yang kurang ilmu daripada itu dan siapakah orangnya? Sehingga akhirnya kamu akan mengikuti orang bodoh atau kamu akan mengikuti diri kamu sendiri. Ini yang Rasulullah sebut dalam hadis di atas.
Macam mana Allah swt mencabut ilmu? Dia mencabut ilmu dengan menjauhkan orang berilmu daripada kita. Jadi sekirannya orang berilmu dijauhkan atau tidak dilayan apa akan jadi? Kita akan memilih orang ‘ignorance’ dan mencari ilmu daripada orang ini, yang akan menyesatkan kita. Lihatlah apa yang berlaku sekarang di dunia sekarang?
Kita kena menghormati orang yang berilmu samada mereka ulama, fuqaha, atau pelajar sekalipun. Kita kena ada rasa hormat pada mereka, Rasulullah banyak memberitahu kebaikan ilmu, menjadi kewajipan kita untuk mencari ilmu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah dengan ilmu. Ilmu tidak sepatutnya menjadi punca muslim memboikot muslim, menyebabkan ‘polarity’ antara muslim yang lain. Ilmu sepatutnya menjadikan kita lebih sabar dan lebih menghargai antara satu dan yang lain.
Oleh yang demikian banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada hadis ini. Setiap orang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Usahlah kita menilai seseorang di atas kesilapannya, tetapi nilailah seseorang di atas kebaikannya. Nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Carilah ilmu daripada orang yang mengetahui tentang sesuatu perkara yang kita tidak ketahui. Usahlah disebabkan ketidaksefahaman kita menjadi penghalang dalam mencari kebenaran tentang perkara itu. Pengetahuan yang kita perolehi walau sekerdil manapun ia tetap bernilai. Usahlah diperlekeh, jika ada kekurangan perbetulkan.
Islam yang asing
November 6, 2008 at 8:53 am | In Hadith, Pearl of Wisdom | Leave a CommentTags: Ghuraba, Hadith, Sahabat
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
(Muslim)

Mereka mengenali Muhammad ibnu Abdullah. Beliau seorang yang dikenali sebagai Al-Amin, seorang yang adil, sadiqul masduq seorang yang benar. Tetapi apabila Allah mengutuskan Al-Quran dan Muhammad kepada mereka, mengarahkan mereka meninggalkan berhala dan patuh kepada Allah dan rasul-Nya, mereka mengatakan ini suatu benda yang ganjil.
Kata Muhammad, “Wahai Quraiys! Kamu mengenal aku. Jika aku mengatakan ada tentera di sebalik gunung ini datang bersedia untuk menghancurkan kamu, adakah kamu akan percaya aku?. Mereka menjawab, “Ya kami percaya kata kamu”. Oleh itu pada hari ini aku memberitahu kamu aku adalah utusan Allah dan kamu ada kewajipan untuk mematuhi aku”. Mereka membalas, dengan mengatakan ini suatu perkara ganjil yang dikatakan oleh Muhammad.
Maka pada hari itu Rasulullah, seorang yang dihormati, seorang yang dipercayai, seorang yang dikenali, seorang yang disayangi oleh kaumnya menjadi seorang yang asing. Dan juga orang-orang yang mengikutnya sama ada hamba atau orang kaya, arab atau bukan arab, putih atau gelap, seorang demi seorang, kerana mereka memilih untuk mengikut Rasulullah, mereka juga menjadi orang asing.
Tiada siapa yang lebih dihormati di Mekah selepas Muhammad melainkan Abu Bakar As-Siddiq dan dia juga menjadi seorang asing apabila mengikut mesej Muhammad. Dan Umar Al-Khattab yang suatu ketika memusuhi dan sanggup membunuh Rasulullah tetapi menjadi asing pada hari dia memeluk islam. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain dan seterusnya.
Inilah orang-orang yang kita mesti kenali, kena sayangi, kena ada hubungan dengan mereka. Walau kita tidak pernah bersua muka tetapi mengenali dengan hati. Kerana orang asing inilah yang terdahulu menegakkan agama Islam. Mereka adalah orang-orang yang berjuang untuk Islam, berkorban demi Islam dan meraka inilah yang Allah sering sebut di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.
(Al-Bayyinah:7-8)
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.