Ramadhan Mubarak

September 9, 2008 at 2:57 am | Posted in Refleksi | Leave a comment

Ramadhan menjelang lagi. Setahun telah pun berlalu semenjak Ramadhan lepas dirasa bagaikan sekejap sahaja. Adakah Ramadhan kali ini akan sama seperti tahun-tahun yang telah ku lalui? Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna dan lebih baik dari sebelum.

Dalam bulan yang mulia ini telah berlaku pelbagai peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah islam. Sempena bulan Ramadhan ini mari kita mengimbas kembali peristiwa-peristiwa tersebut secara ringkas supaya dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran.

Pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah telah berlaku perang yang paling penting dalam sejarah umat islam; yang akan menentukan masa depan agama islam. Perang Badr menyaksikan 313 tentera islam berjaya mengalahkan 1,000 tentera kufar.

Pada 17 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah Muhammad bersama 10,000 tentera Islam memasuki dan menguasai Mekah. Kesemua 360 berhala dalam Kaabah dimusnahkan oleh Muhammad sendiri.

Pada Ramadhan 92H Tariq bin Ziyad mengetuai angkatan tentera Islam menentang Gothic dalam perang Guadalete. Islam berjaya mengalahkan tentera Goths dan memulakan langkah awal Islam menguasai Andalusia, selatan Itali dan selatan Perancis.

Kemenangan tentera Islam dalam perang Hittin berlaku pada Ramadhan 584H. Salahuddin al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib dan membuka kembali Jurusalem dibawah Islam.

Pada Ramadhan 658H, Mongols telah mengalami kekalahan yang terbesar dalam sejarah mereka. Tentera Mongol yang pernah menawan Baghdad dan membunuh ramai umat islam telah dikalahkan oleh Sayafuddin Qutuz dalam perang Ain Jalut.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah umat islam terdahulu. Dalam bulan Ramadhan keimanan mereka bertambah berganda-ganda. Mereka bukan sahaja mampu menahan lapar dan dahaga, malah ketika inilah kekuatan untuk menegakan islam dan menentang kemungkaran adalah amat tinggi.

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak!

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.