Rahmatil alamin

October 6, 2008 at 7:20 am | Posted in Rasulullah | 2 Comments
Tags: , ,

Seorang yahudi datang kepada Rasulullah dan memakinya dengan berkata, “Ya Muhammad, pulangkan kembali duit aku yang engkau hutang”, sambil menjerit dan memaki hamun Rasulullah di dalam masjid. Ketika itu Rasulullah ditemani oleh para sahabat. Lalu salah seorang daripada sahabat bangun untuk membunuh orang yahudi tersebut kerana telah memaki Rasulullah tetapi dihalang oleh Rasulullah sendiri katanya, “Orang ini mempunyai hak untuk memaki, meminta kembali hutangnya dan tidak dicederakan”.

Kata-kata yang sangat adil. Rasulullah tidak mengatakan sikap orang yahudi tersebut memaki hamun adalah betul tetapi disebabkan rasulullah menghutangnya, hutang itu wajib dilangsaikan terlebih dahulu berbanding kewajipan kita untuk membela diri daripada cacian dan makian orang. Lihatlah muslimin sekalian, lihatlah sikap ini, prinsip dan karakter Rasulullah saw.

Apabila seorang badwi datang kepada Rasulullah meminta supaya diberi sedikit bahagian dalam zakat atau derma. Badwi tersebut datang kepada rasulullah dan menarik baju nabi dan berkata, “Beri aku bahagian aku”, sehinggakan terdapat kesan geseran pada leher rasulullah akibat perbuatan badwi tersebut. Sekali lagi sahabat yang bersama rasulullah hendak membunuh badwi tersebut tetapi rasulullah melarang dan menyuruh mereka membiarkan badwi itu. Rasulullah saw senyum sambil berkata, “Apa yang kamu mahu?”, Badwi tersebut membalas, “Beri aku”. Lalu rasulullah memberinya sehingga badwi tersebut berkata, “Cukup”.  Lalu meninggalkan rasulullah.

Ini adalah sikap rasulullah saw. Sikap toleransinya, kesabarannya, keampunannya, dan ketelusan hatinya. Rasulullah sentiasa melebihkan jiran dan tetamunya.

Arahan pertama yang rasulullah berikan kepada para sahabat untuk disampaikan kepada penduduk tempatan apabila tentera muslimin memasuki madinah bukanlah,

“Memberitahu penduduk madinah yang rasulullah telah tiba”, “memaklumkan yang rasulullah adalah pemerintah baru madinah”, “memberitahu mereka tentang islam” atau “memberitahu penduduk madinah yang tentera muslim mempunyai kekuatan”. Tidak sama sekali.

Rasulullah memberitahu para sahabat, “Sebarkan makanan dan beri salam kepada yang kamu kenal dan kepada yang kamu tidak kenal”. Inilah yang dia arahkan.

Justeru orang muslim yang tiba di Madinah keluar membawa makanan-makanan untuk dikongsi dengan jiran-jiran, bersembang dengan mereka, menegur sapa mereka, bergaul dengan mereka, duduk bersama, menerima jemputan mereka, mengenali mereka, berkongsi cerita, dan mendedahkan kepada penduduk madinah sikap dan karakter Muhammad saw.

Maka dalam masa sebulan seluruh penduduk madinah menerima rasulullah sebagai hakim dan pemimpin bandar madinah.

Inilah rahmatil alamin, rahmat seluruh bangsa.

Advertisements

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. kisah ini bener apa nggak ya…

    sumbernya dari mana.

  2. ini kisah-kisah dari hadis.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: