Tautan Hati

October 16, 2008 at 7:40 am | Posted in Monolog, Refleksi | 3 Comments
Tags: ,

Sebuah lagi novel berjaya kuhabiskan…

Tautan hati mengisahkan kehidupan beberapa pelajar islam yang menjalani kehidupan islamik dalam suasana di UIA Malaysia. Pelbagai bentuk konflik turut dimuatkan dalam sebuah novel. Dakwah fardhiyah, cinta, ukhwah, kasih sayang, hati dan nafsu, pengorbanan dan keimanan kepada Allah. Namun fokus utama adalah watak Asiah Yusra seorang muslimah yang telah mendapat tarbiyyah islam sejak kecil lagi, mempunyai akhlak yang sopan, wajah yang cantik dan peribadi yang hebat dan menjadi idaman hati pemuda-pemuda. Bagaimanakah dia akan menghadapi cabaran-cabaran ini?

Pokok utama yang ingin disampaikan ialah kehidupan islamik yang hidup berjamaah, ukhuwah fillah, usrah atau halaqoh dan keutamaan baitul muslim ataupun rumah tangga muslim. Tatkala membaca novel ini pada satu bab, teringat kembali kisah yang pernah ku dengar daripada asatiz yang pernah mentarbiah diriku ini. Kisah bagaimana islam mula bertapak di Malaysia setelah sekian lama di jajah dan dipengaruhi ideologi barat.

Pada lewat tahun 70-an satu gelombang baru mula memasuki Malaysia. Arus ini dibawa oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara. Satu fesyen pakaian yang amat asing bagi penduduk negara ini ditonjolkan. Kebanyakan pelajar-pelajar perempuan yang balik ke tanah air memakai tudung labuh dan jubah. Mereka ini lah pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom.

Pelajar-pelajar UK bukanlah mengambil jurusan fiqh, usuluddin mahupun syariah tetapi mengambil jurusan aliran sains. Namun ini tidak menghalang mereka untuk memahami islam selama berada di bumi penjajah. Sejak kepulangan mereka ke tanah air, islam mula tersebar dalam masyarakat. Usrah mula diperkenalkan di sekolah, universiti dan dalam masyrakat. Gerakan-gerakan islam mula tumbuh. Mereka ini adalah golongan yang mencorakkan masyrakat Malaysia sekarang. Mampukah aku?

Tahniah kepada penulis. Kepada pembaca, janganlah sekadar membaca sahaja dan usahlah termimpi akulah Asiah Yusra, akulah Umar Mujahid, akulah itu, akulah ini. Baca dan ambil pengajaran daripada karya ini supaya menjadi semangat untuk kita beramal. Semoga karya seperti ini mampu membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang berlandaskan syiar islam sepenuhnya.

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.