Undi jangan tak undi

March 18, 2009 at 10:02 am | Posted in Monolog, Refleksi | 7 Comments
Tags: , , ,

Selingan sempena minggu AGM NMS and ISOC.

Democracy is the government of the people, by the people, for the people.[1]

Satu quote yang tidak asing lagi bagi kita yang pernah belajar sejarah suatu ketika dahulu. Demokrasi satu sistem yang sangat dihomati dan digah-gah yang berasal dari negara Amerika. Dulu kita baca buku teks dan terima bulat-bulat sahaja pasal demokrasi yang diajar. Hebat sungguh demokrasi ni sehingga mampu menjatuhkan komunis USSR. Kini kita lihat banyak negara yang telah meletakkan demokrasi sebagai satu sistem yang tertinggi.

Namun begitu demokrasi tidak mempuyai satu definisi yang cukup meyakinkan. Cuba baca, faham dan fikir balikĀ  quote di atas ini. Democracy is the government of the people, by the people, for the people. Put yourself in islamic shoes.

Ada baiknya Rasulullah tidak pernah menunjukkan cara tertentu memilih pemimpin.

Hebat hujah Mahathir. “The great civilization from the past do not have democracy. And yet they become great.”

Nota:

[1] Abraham Lincoln, American 16th US President (1861-65)

Dakwah exclusive?

March 13, 2009 at 11:01 pm | Posted in Fikrah, Sirah | 13 Comments
Tags: , , ,

Ya, dakwah adakalanya eksklusif.

Selama tiga tahun pertama, Rasulullah memang mengadakan pertemuan rahsia dengan para sahabat. Bertempat di rumah Arqam bin Abi Arqam, dalam halaqah itulah Nabi membacakan dan mengajarkan wahyu secara terperinci, sebanyak mana yang diturunkan Allah. Mengapa harus rahsia? Jawabnya adalah bahawa salah satu sifat dakwah adalah berhadapan dengan sistem yang bersedia menentang dan menghancurkan Islam. Dahulu para nabi dan rasul datang dengan membawa risalah, namun kebanyakan dakwah itu didustai, bahkan para nabi dikejar-kejar dan banyak yang dibunuh oleh kaumnya sendiri. Sekarang lihat negara Palestin, Turki, Mesir, Arab Saudi dan banyak lagi negara ‘Islam’ yang lain; perkara yang sama masih berlaku.

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mujizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (QS.Al-Baqarah: 253)

Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.(QS. Ali Imran 112)

Selain masalah keamanan, tiga tahun Rasulullah SAW merahsiakan dakwahnya memang memiliki hikmah lain yang sangat strategik. Dan juga di masa itu dakwah memiliki sifat yang khas, khusus, unik dan menarik untuk dikaji. Salah satu sifat dakwah Rasulullah yang penting ialah pembentukan asas ataupun dalam bahasa mudah the foundation.[1]

Maka sebagai risalah terakhir, seolah-olah Allah SWT sudah mempersiapkan dakwah nabi-Nya ini dengan persiapan yang baik iaitu tidak terusĀ  melakukan dakwah secara terbuka yang hanya akan melahirkan penentangan dari kaumnya.

Dakwah memerlukan perancangan yang teliti untuk tidak tergesa-gesa membuka diri, sedangkan kekuatan dasarnya belum terbentuk. Maka tidak mengapa merahsiakan Islam kepada umum dengan memilih orang-orang tertentu yang dapat menerima dakwah ini dengan baik sekaligus mempunyai potensi yang boleh dikembangkan untuk memikul beban dakwah. Kerana itulah dakwah memerlukan sedikit masa untuk dilakukan secara tertutup daripada umum, namun begitu berdakwah secara pemilihan adalah fokus demi melahirkan kekuatan dalaman.

Dari sudut lain pula, dakwah itu tidak berhenti sekadar menyampaikan, tetapi dakwah adalah sebuah pergerakan. Dan sebuah pergerakan itu harus memiliki asas kekuatan yang sebenar, iaitu golongan ‘assabiqunal awwalaun’ yang menjadi qa’idah sulbah[2]. Sebelum asas kekuatan ini terbentuk, maka dakwah itu sangat brittle dan mampu dihapuskan oleh musuh-musuh Islam dengan mudah.

Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:
“Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui tarbiyyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka KOSONG? “[3]

a) 0+0+0+0+0+0+…..+0 = ?

b) 10+10 = ??

Mana satu mempunyai nilai yang lebih besar?

Nota:

[1] Diterjemah dan diedit daripada sumber.

[2] Analogi qa’dah sulbah di Aku dan sesuatu.

[3] Kata-kata oleh Shakib Arslan.

Writing fom a far

March 12, 2009 at 7:55 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

I write this post from my PDA.

Posted by ShoZu

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.