Buka mata, Buka hati

June 26, 2009 at 11:28 am | Posted in Around the World, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , ,

Minggu depan nak buat ape?

Jom pergi Snowdonia!

Buat ape?

Ajak junior yang available.

Ok set, nanti aku plan logistik.

Dalam melakukan sesuatu aktiviti objektif merupakan perkara yang paling utama dan penting. Tanpa objektif kita akan hilang arah tujuan, dan akhir sekali tersesat. Lain plan lain pulak jadi. Sedangkan manusia pun dicipta dengan tujuan oleh Maha Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Lihatlah ape yang berlaku kepada manusia-manusia yang tiada arah tujuan hidup. Jadi robot. Hidup untuk makan, makan untuk hidup.

Bila dah ada objektif, perlu ditanam dalam hati supaya setiap fikiran dan tindakan yang dilakukan akan berdasarkan objektif ini. Insyaallah tidak akan menyimpang. Namun sebagai seorang islam dalamĀ  setiap aktiviti yang kita lakukan ada satu objektif yang memang tidak akan berubah dan tetap, qati’e. Setiap aktiviti/ program yang kita jalankan adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Bagaimana? I think we all already know how. Don’t wasting your time trying to justify everything you do.

Aktiviti yang kerap kali dijalankan akan mungkin menjadi rutin mingguan atau tahunan. Apabila menjalankan rutin, kita akan melakukan dengan separa sedar, tanpa berfikir panjang. Sebagi contoh ibadah solat. Kita solat 5 kali sehari dan menjadi rutin harian yang hebat . Kadang-kadang kita rasa bersalah tertinggal solat walau satu waktu. Al-Quran kata Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar (Al-Ankabuut: 45) tapi kenapa orang yang solat sempurna setiap hari pun masih melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Al-Quran salah ke? Tidak!! kita yang salah. Solat kita masih belum sempurna dan diri kita sendiri masih belum bersih. Reflek balik kehidupan kita. Objektif solat belum tercapai, maka perlunya ada perubahan dalam diri kita.

Sekiranya objektif aktiviti/ program belum atau tidak tercapai, perlunya ada perubahan kepada program tersebut. Aktiviti yang kita jalankan bukanlah wajib diadakan seperti solat, jadi kalau program tak mencapai objektif tak perlu diadakan atau digantikan dengan aktiviti/ program lain yang lebih mencapi matlamat.

Jaulah Snowdonia, Wales 2009

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”. (Al-Ankabuut: 20)

wales09 156-web

The Route to Glyderau

wales09 154-web

wales09 155-web

Pendakian bermula

wales09 162-web

Merapatkan ukhuwah Malaysia dan Indonesia

wales09 174-web

Subhanallah indahnya bumi ini. Ku mencari ilham di puncak.

wales09 189-web

Kami mula menuruni bukit

wales09 206-web

Air terjun yang indah dan tetap mengalir mengikut fitrah alam.

wales09 208-webDestinasi terakhir pantai Penmaenmawr. Kami sempat mencuba terjun ke dalam air Lautan Atlantik. Serius sejuk.

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.