Buka mata, Buka hati

June 26, 2009 at 11:28 am | Posted in Around the World, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , ,

Minggu depan nak buat ape?

Jom pergi Snowdonia!

Buat ape?

Ajak junior yang available.

Ok set, nanti aku plan logistik.

Dalam melakukan sesuatu aktiviti objektif merupakan perkara yang paling utama dan penting. Tanpa objektif kita akan hilang arah tujuan, dan akhir sekali tersesat. Lain plan lain pulak jadi. Sedangkan manusia pun dicipta dengan tujuan oleh Maha Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Lihatlah ape yang berlaku kepada manusia-manusia yang tiada arah tujuan hidup. Jadi robot. Hidup untuk makan, makan untuk hidup.

Bila dah ada objektif, perlu ditanam dalam hati supaya setiap fikiran dan tindakan yang dilakukan akan berdasarkan objektif ini. Insyaallah tidak akan menyimpang. Namun sebagai seorang islam dalam  setiap aktiviti yang kita lakukan ada satu objektif yang memang tidak akan berubah dan tetap, qati’e. Setiap aktiviti/ program yang kita jalankan adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Bagaimana? I think we all already know how. Don’t wasting your time trying to justify everything you do.

Aktiviti yang kerap kali dijalankan akan mungkin menjadi rutin mingguan atau tahunan. Apabila menjalankan rutin, kita akan melakukan dengan separa sedar, tanpa berfikir panjang. Sebagi contoh ibadah solat. Kita solat 5 kali sehari dan menjadi rutin harian yang hebat . Kadang-kadang kita rasa bersalah tertinggal solat walau satu waktu. Al-Quran kata Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar (Al-Ankabuut: 45) tapi kenapa orang yang solat sempurna setiap hari pun masih melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Al-Quran salah ke? Tidak!! kita yang salah. Solat kita masih belum sempurna dan diri kita sendiri masih belum bersih. Reflek balik kehidupan kita. Objektif solat belum tercapai, maka perlunya ada perubahan dalam diri kita.

Sekiranya objektif aktiviti/ program belum atau tidak tercapai, perlunya ada perubahan kepada program tersebut. Aktiviti yang kita jalankan bukanlah wajib diadakan seperti solat, jadi kalau program tak mencapai objektif tak perlu diadakan atau digantikan dengan aktiviti/ program lain yang lebih mencapi matlamat.

Jaulah Snowdonia, Wales 2009

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”. (Al-Ankabuut: 20)

wales09 156-web

The Route to Glyderau

wales09 154-web

wales09 155-web

Pendakian bermula

wales09 162-web

Merapatkan ukhuwah Malaysia dan Indonesia

wales09 174-web

Subhanallah indahnya bumi ini. Ku mencari ilham di puncak.

wales09 189-web

Kami mula menuruni bukit

wales09 206-web

Air terjun yang indah dan tetap mengalir mengikut fitrah alam.

wales09 208-webDestinasi terakhir pantai Penmaenmawr. Kami sempat mencuba terjun ke dalam air Lautan Atlantik. Serius sejuk.

Advertisements

Apa kah PKS?

April 13, 2009 at 5:46 pm | Posted in Around the World, Fikrah | 5 Comments
Tags: , , ,

PKS telah membuat kejutan pada Pemilu 2004  apabila berjaya mendapat peningkatan undi sebanyak 450%, daripada 1.7% pada tahun 1999 ke 7.3% pada tahun 2004 dan seterusnya menjadi parti gabungan kerajaan Indonesia.

logo-pks2Sedar atau tidak Pemilu 2009[1] pula berlaku minggu lepas tanggal 09/04/2009. Perlu ke kita ambil tahu politik negara jiran di Nusantara? Terpulang lah kepada masing-masing.

Sebagai seorang Malaysia yang baru nak mengenal politik Indonesia tak banyak yang boleh saya komen. So nak story sikit ape yang diketahui. Demokrasi di Indonesia pun baru bermula kembali selepas kejatuhan kerajaan diktatorship Suharto pada 1998. Selepas itu banyak parti-parti nasionalis dan parti-parti Islam ditubuhkan di Indonesia. Salah satu parti yang muncul ialah Partai Keadilan Sejahtera (PKS)[2]. Apa yang menarik tentang PKS ini ialah sejarah penubuhannya. Ia bukanlah ditubuhkan sebagai parti politik semata-mata.

Berasal daripada organisasi bernama Gerakan Tarbiyyah, iaitu sebuah gerakan Islam yang popular dikalangan pelajar-pelajar universiti di Indonesia pada 70an -80an. Juga dikenali sebagai gerakan dakwah. Antara sebab gerakan ini dimulakan ialah dasar kerajaan ketika itu yang menyekat Islam radikal dan aktiviti politik di kalangan pelajar universiti. Jadi terpaksa bermula secara ‘underground’.  Gerakan ini dimulakan oleh pelajar-pelajar yang pulang ke Indonesia daripada Middle East pada 80an. Gerakan Tarbiyyah ini menjadikan konsep Hassan Al-Banna sebagai pegangan iaitu Islamisasi secara beransur-ansur bermula daripada individu, keluarga, masyarakat, politik dan seterusnya.

Gerakan Tarbiyyah berjaya menarik masyarakat umum terutama golongan pelajar-pelajar universiti. Dalam tahun 90an mereka mula mengajurkan program secara umum dan terbuka. Selepas era ini mereka telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan mereka sendiri, orgnaisai kebajikan dan organisasi dakwah terutamanya di Jakarta. Pertengahan tahun 90an rangkaian tarbiyyah semakin meluas ke universiti-universiti dan mul a membesarkan pengaruh dalam program-program pelajar (teringat keadaan seperti ini berlaku di Malaysia ketika 80an tetapi kini menjadi malap). Sehinggakan aktivis-aktivis di universiti sering dikaitkan dengan masjid kerana individu-individu gerakan dakwah telah menguasai persatuan-persatuan pelajar.

Apabila presiden Suharto turun, gerakan ini bersedia untuk menubuhkan parti politik sebagai usaha untuk meneruskan misi mereka. Banyak persoalan, cabaran dan halangan dari dalam gerakan berlaku ketika ingin menubuhkan sebuah parti politik. Namun begitu setelah kata sepakat mereka bersetuju menubuhkan parti politik. Hasilnya Partai Keadilan (PK) ditubuhkan di Jakarta pada tahun 1998 sebelum menukar nama kepada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) pada tahun 2002.

PKS bersih, peduli, profesional

Syabas Indonesia kerana telah maju kehadapan. Perjalanan kami masih jauh. Namun harapan itu masih ada.

Nota:

[1] Pemilu (Pemilihan umum) – Indonesian parlimentary elections

[2] PKS – Sebutan indonesia pe’-ka-es

Subhanallah

December 28, 2008 at 11:28 am | Posted in Around the World | Leave a comment

Gambar di Lake District. Indah sungguh.
Subhanallah, originally uploaded by mavles13.

Hong Kong 08

July 17, 2008 at 4:08 pm | Posted in Around the World | Leave a comment

Picture tells more than word…

A city full of skyscrapers. Its everywhere!! Was waiting for heli to pick us crossing the sea but never came.

…another view of skyscrapers at night

Shop selling computer and electronic stuffs at cheapo HK$xxx

Yay! A mosque in HK, has a canteen that sells dim sum as well

HK international airport. yes, its an island… really cool!!

Asean cuisine. Friends and me eating at pak cik Shadowman restaurant at Kowloon. He’s a malay singaporean. Cool restaurant name la pak cik!!

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.