Kembara ilmu

November 25, 2008 at 1:06 am | Posted in Hadith, Refleksi | Leave a comment
Tags: ,

Kembali menulis sebentar.

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

Kita ambil sesuatu dan tinggalkan daripada semua orang kecuali daripada  Rasulullah saw. Hanya Rasulullah saw sahaja yang maksum.

Kita ambil sesuatu daripada orang berilmu apa yang mereka ingin sampaikan dan kita faham yang mungkin terdapat kekurangan pada sumber ilmu mereka. Mungkin terdapat sumber yang lebih baik daripada sumber mereka.

Kita ikut apa yang mujtahidin lakukan, mereka menuntut ilmu sesama mereka apa yang tidak diketahui. Kemudian apabila mereka menjumpai suatu yang lebih benar, apa yang mereka dapat sebelumnya mereka gantikan dengan apa yang mereka jumpa. Tetapi mereka tidak pernah memperkecilkan atau menyalahkan ilmu yang mereka terima sebelumnya.

knowledgeJika ada beberapa rakan kamu yang berilmu tentang suatu perkara, dan mereka ini bagus tapi tak seorang pun daripada mereka sempurna. Dan kalau kamu perhatikan setiap seorang akan terdapat kesalahan masing-masing. Jadi kamu tidak mahu mengikuti mereka. Apa kamu akan ikut? Kamu akan mengikut orang yang kurang ilmu daripada mereka dan apabila kamu menjumpai orang ini, dan jika kamu perhatikan secara dekat, apa akan kamu dapati? Kamu akan dapati terdapat juga kesalahan pada mereka.

Kamu pergi ke rumah dia, tengok dia main game, buang masa, jumpe ini itu, kamu dengar dia ini dan dia itu. Jadi apa akan berlaku? Kamu takkan mengikutinya. Jadi kamu akan ikut orang yang kurang ilmu daripada itu dan siapakah orangnya? Sehingga akhirnya kamu akan mengikuti orang bodoh atau kamu akan mengikuti diri kamu sendiri. Ini yang Rasulullah sebut dalam hadis di atas.

Macam mana Allah swt mencabut ilmu? Dia mencabut ilmu dengan menjauhkan orang berilmu daripada kita. Jadi sekirannya orang berilmu dijauhkan atau tidak dilayan apa akan jadi? Kita akan memilih orang ‘ignorance’ dan mencari ilmu daripada orang ini, yang akan menyesatkan kita. Lihatlah apa yang berlaku sekarang di dunia sekarang?

Kita kena menghormati orang yang berilmu samada mereka ulama, fuqaha, atau pelajar sekalipun. Kita kena ada rasa hormat pada mereka, Rasulullah banyak memberitahu kebaikan ilmu, menjadi kewajipan kita untuk mencari ilmu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah dengan ilmu. Ilmu tidak sepatutnya menjadi punca muslim memboikot muslim, menyebabkan ‘polarity’ antara muslim yang lain. Ilmu sepatutnya menjadikan kita lebih sabar dan lebih menghargai antara satu dan yang lain.

Oleh yang demikian banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada hadis ini. Setiap orang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Usahlah kita menilai seseorang di atas kesilapannya, tetapi nilailah seseorang di atas kebaikannya. Nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Carilah ilmu daripada orang yang mengetahui tentang sesuatu perkara yang kita tidak ketahui. Usahlah disebabkan ketidaksefahaman kita menjadi penghalang dalam mencari kebenaran tentang perkara itu. Pengetahuan yang kita perolehi walau sekerdil manapun ia tetap bernilai. Usahlah diperlekeh, jika ada kekurangan perbetulkan.

Islam yang asing

November 6, 2008 at 8:53 am | Posted in Hadith, Pearl of Wisdom | Leave a comment
Tags: , ,

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
(Muslim)

generasi-ghuraba1

Mereka mengenali Muhammad ibnu Abdullah. Beliau seorang yang dikenali sebagai Al-Amin, seorang yang adil, sadiqul masduq seorang yang benar. Tetapi apabila Allah mengutuskan Al-Quran dan Muhammad kepada mereka, mengarahkan mereka meninggalkan berhala dan patuh kepada Allah dan rasul-Nya, mereka mengatakan ini suatu benda yang ganjil.

Kata Muhammad, “Wahai Quraiys! Kamu mengenal aku. Jika aku mengatakan ada tentera di sebalik gunung ini datang bersedia untuk menghancurkan kamu, adakah kamu akan percaya aku?. Mereka menjawab, “Ya kami percaya kata kamu”. Oleh itu pada hari ini aku memberitahu kamu aku adalah utusan Allah dan kamu ada kewajipan untuk mematuhi aku”. Mereka membalas, dengan mengatakan ini suatu perkara ganjil yang dikatakan oleh Muhammad.

Maka pada hari itu Rasulullah, seorang yang dihormati, seorang yang dipercayai, seorang yang dikenali, seorang yang disayangi oleh kaumnya menjadi seorang yang asing. Dan juga orang-orang yang mengikutnya sama ada hamba atau orang kaya, arab atau bukan arab, putih atau gelap, seorang demi seorang, kerana mereka memilih untuk mengikut Rasulullah, mereka juga menjadi orang asing.

Tiada siapa yang lebih dihormati di Mekah selepas Muhammad melainkan Abu Bakar As-Siddiq dan dia juga menjadi seorang asing apabila mengikut mesej Muhammad. Dan Umar Al-Khattab yang suatu ketika memusuhi dan sanggup membunuh Rasulullah tetapi menjadi asing pada hari dia memeluk islam. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain dan seterusnya.

Inilah orang-orang yang kita mesti kenali, kena sayangi, kena ada hubungan dengan mereka. Walau kita tidak pernah bersua muka tetapi mengenali dengan hati. Kerana orang asing inilah yang terdahulu menegakkan agama Islam. Mereka adalah orang-orang yang berjuang untuk Islam, berkorban demi Islam dan meraka inilah yang Allah sering sebut di dalam Al-Quran.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.

(Al-Bayyinah:7-8)

Kapal yang berlayar

August 11, 2008 at 6:08 am | Posted in Hadith | Leave a comment

Chinese Junk in Hong Kong

Dari Nu’man bin bashir: Rasulullah saw bersabda: “Perumpamaan orang-orang yang mencegah maksiat dan melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki sebuah kapal. Sebahagian mereka berada di atas dan yang lain berada di bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka terpaksa melalui orang-orang yang di atasnya. Lalu mereka berkata: ‘Jika kami tebuk sahaja lubang pada bahagian kami ini, tentu kami tidak perlu menyusahkan orang-orang di atas kami’. Tetapi jika yang demikian itu dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (walhal mereka tidak menghendakinya), maka binasalah seluruhnya. Dan jika dikehendaki dari tangan mereka keselamatan, maka akan selamatlah kesemuanya.”
[Al-Bukhari]

Lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita; maksiat berleluasa dan amat sedikit sekali amal kebaikan mahupun di negara yang bergelar Islam sendiri.

Umat islam menjadi mangsa keadaan di setiap penjuru dunia. Ini semua akibat perbuatan kita sendiri yang seringkali melnggar hukum-Nya dan kurang mengamalkan sikap ‘amar maaruf nahi mungkar’.

Ayat penggerak

May 18, 2008 at 11:29 pm | Posted in Doa, Hadith | Leave a comment

Doa yang pendek tetapi besar manfaatnya sekiranya diamalkan pagi dan petang. Doa ini terdapat dalam Al-Mathurat.

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.