Badr – We are with you

May 4, 2009 at 6:20 pm | Posted in Rasulullah, Sirah | Leave a comment
Tags: , , ,

A scene before the battle of Badr when the Quraisy are coming to attack the muslims. The Muhajirin are 100% loyal to the prophet. But the prohpet was waiting for an answer from the Anshor people for their opinion in this battle.

Saad bin Muaz a a nobleman Anshor got up and said, “O prophet of Allah, go on and fight for indeed there is not a single mountain that if we wish to cut, we will cut it with you. There is not a single plain that if we wish to pass except that we will pass it with you. There is not a single sea that if we wish to cross except that we will cross it with you. And we urge you O prophet of Allah, to take from our wealth and that which you have taken from our wealth is more beloved than that of which you have left. And O prophet of Allah, we will not tell you as the companions of Musa has told Musa, “O Musa, go and fight you and your Lord and we will stay here”, rather we will tell you, O prophet of Allah, go and fight you and your Lord and we will fight with you.”

The prophet s.a.w. smile hearing this.

It was truely amazing that Anshor people could answer like the Muhajirin during this time.

Advertisements

Rahmatil alamin

October 6, 2008 at 7:20 am | Posted in Rasulullah | 2 Comments
Tags: , ,

Seorang yahudi datang kepada Rasulullah dan memakinya dengan berkata, “Ya Muhammad, pulangkan kembali duit aku yang engkau hutang”, sambil menjerit dan memaki hamun Rasulullah di dalam masjid. Ketika itu Rasulullah ditemani oleh para sahabat. Lalu salah seorang daripada sahabat bangun untuk membunuh orang yahudi tersebut kerana telah memaki Rasulullah tetapi dihalang oleh Rasulullah sendiri katanya, “Orang ini mempunyai hak untuk memaki, meminta kembali hutangnya dan tidak dicederakan”.

Kata-kata yang sangat adil. Rasulullah tidak mengatakan sikap orang yahudi tersebut memaki hamun adalah betul tetapi disebabkan rasulullah menghutangnya, hutang itu wajib dilangsaikan terlebih dahulu berbanding kewajipan kita untuk membela diri daripada cacian dan makian orang. Lihatlah muslimin sekalian, lihatlah sikap ini, prinsip dan karakter Rasulullah saw.

Apabila seorang badwi datang kepada Rasulullah meminta supaya diberi sedikit bahagian dalam zakat atau derma. Badwi tersebut datang kepada rasulullah dan menarik baju nabi dan berkata, “Beri aku bahagian aku”, sehinggakan terdapat kesan geseran pada leher rasulullah akibat perbuatan badwi tersebut. Sekali lagi sahabat yang bersama rasulullah hendak membunuh badwi tersebut tetapi rasulullah melarang dan menyuruh mereka membiarkan badwi itu. Rasulullah saw senyum sambil berkata, “Apa yang kamu mahu?”, Badwi tersebut membalas, “Beri aku”. Lalu rasulullah memberinya sehingga badwi tersebut berkata, “Cukup”.  Lalu meninggalkan rasulullah.

Ini adalah sikap rasulullah saw. Sikap toleransinya, kesabarannya, keampunannya, dan ketelusan hatinya. Rasulullah sentiasa melebihkan jiran dan tetamunya.

Arahan pertama yang rasulullah berikan kepada para sahabat untuk disampaikan kepada penduduk tempatan apabila tentera muslimin memasuki madinah bukanlah,

“Memberitahu penduduk madinah yang rasulullah telah tiba”, “memaklumkan yang rasulullah adalah pemerintah baru madinah”, “memberitahu mereka tentang islam” atau “memberitahu penduduk madinah yang tentera muslim mempunyai kekuatan”. Tidak sama sekali.

Rasulullah memberitahu para sahabat, “Sebarkan makanan dan beri salam kepada yang kamu kenal dan kepada yang kamu tidak kenal”. Inilah yang dia arahkan.

Justeru orang muslim yang tiba di Madinah keluar membawa makanan-makanan untuk dikongsi dengan jiran-jiran, bersembang dengan mereka, menegur sapa mereka, bergaul dengan mereka, duduk bersama, menerima jemputan mereka, mengenali mereka, berkongsi cerita, dan mendedahkan kepada penduduk madinah sikap dan karakter Muhammad saw.

Maka dalam masa sebulan seluruh penduduk madinah menerima rasulullah sebagai hakim dan pemimpin bandar madinah.

Inilah rahmatil alamin, rahmat seluruh bangsa.

Sadiqul masduq

May 28, 2008 at 11:54 pm | Posted in Rasulullah | Leave a comment

Rasulullah s.a.w. adalah orang yang benar dan apa yang dipertuturkannya adalah benar dan tidak pernah memperdaya.

Dalam satu peristiwa, ada seorang lelaki yang telah murtad (meninggalkan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.) dan meninggalkan kaum muslimin.

Setelah itu dia mula menghina Nabi s.a.w. dan memaki hamun Nabi s.a.w. daripada jauh.

Selepas Nabi s.a.w. menguasai Mekah, lalaki tersebut berasa malu dan takut kepada Rasulullah s.a.w. atas perbuatannya yang lalu.

Jadi dia datang meminta bantuan dan menyorok di dalam rumah Usman ibnu Affan r.a. kerana Usman ialah salah seorang daripada puaknya. Ini adalah satu perkara yang biasa dan menjadi budaya dalam masyarakat arab dimana seseorang mendapatkan perlindungan daripada puaknya.

Usman membawa lelaki tersebut berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk bersumpah memohon maaf atas perbuatannya membatalkan kesetiaan kepada Muhammad, memohon supaya dimaafkan dan kembali memeluk islam.

Tetapi dua kali Rasulullah s.a.w. menolak permohonan lelaki tersebut, dia berkata, “Tidak, aku tidak memafkan kamu”.

Apabila lelaki tersebut berulang kali meminta maaf, akhirnya disebabkan peribadi Rasulullah, dia menerima kemaafannya dan menyuruh lelaki tersebut segera pergi.

Dan apabila lelaki tersebut pergi, Nabi s.a.w. seraya berkata kepada para sahabat yang berada di situ, “Kenapa tiada salah seorang daripada kamu, apabila saya menolak, kanapa kamu tidak bangun dan membunuhnya?”

“Kenapa tiada salah seorang daripada kamu bangun, apabila saya menolak permintaannya, dan membunuhnya sedangkan lelaki tersebut wajar dibunuh?”

Para sahabat berkata, ” Ya Rasul Allah, engkau tidak memberi kami sebarang isyarat?”

Dia berkata, “Seorang Rasul tidak pernah memberi isyarat memperdaya seperti itu”

Dia tidak berahsia, tidak mengedipkan mata atu memberi isyarat, Rasulullah adalah terbuka dan telus. Apa yang dikatakan oleh Rasulullah, itulah yang dimaksudkan.

Mengikut hukum lelaki tersebut wajar dibunuh kerana murtad tetapi Rasulullah membiarkan perlaksanaan hukuman kepada para pengikutnya, akan tetapi para sahabat menunggu isyarat (rahsia) daripada Rasulullah tetapi tiada.

Kemudian setelah Rasulullah melepaskan lelaki tersebut, dia menjelaskan kepada para sahabat; setelah lelaki tersebut keluar dari sini, selepas ini dia hendaklah dilayan dengan baik seperti dia adalah salah seorang daripada kita.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.