mesej terakhir

December 19, 2009 at 2:38 pm | Posted in Refleksi | Leave a comment
Tags: , , , ,

“Salam zahid.. Zahid sorry aa.. Tak dapat nak pg kenduri ko. Nak tanya.. Ade tak sesapa sedara ko dr perlis yg pg kenduri ko?”

Sms terakhir yang ku terima daripada sahabatku ariff. mesej ini aku terima ketika hari pernikahanku pada 04/12/2009, seminggu sebelum beliau meninggal. Aku berasa amat sedih sekali tidak sempat membalas sms tersebut… kerana kesibukan dan memikirkan yang bile-bile nanti boleh balas. Ternyata perancangan kita terhad… amat terhad. Ada perancangan yang lebih hebat.

Tatkala melihat kembali mesej2 dalam htc diamondku, aku teringat kembali kali terakhir kami bertemu bulan lepas ketika di Serdang. Tidak ku sangka arif fsanggup datang daripada Perlis ke KL untuk bertemu sahabat2. Ketika itu aku banyak menghabiskan masa bersama arwah kerana sudah lama kami tidak bertemu sejak pulang ke Malaysia, dan banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi.

Banyak perkara yang kami bualkan… update masing-masing, kerjaya, dakwah, usrah, masa depan, kahwin dan sebagainya. Ku dan arwah memang rapat sejak di nottingham lagi.

Ketika mendapat berita pasal kemalangan ini, memang susah untuk percaya. Dalam hati ku sering berkata ini mungkin orang lain, dan berdoa semoga dapat diselamatkan. Tapi apekan daya, ternyata anggapan ku salah. Aku speechless bila mendengar berita kemalangan yg berlaku pada sahabatku. Lebih menyedihkanku ibu bapa dan rakannya turut terlibat.

Diri terasa sebak membaca berita utama di akhbar-akhbar. Tidak sempat ku ucapkan tahniah atas pernikahannya. Namun aku reda dengan pemergian sahabat perjuanganku. Sesungguhnya Allah menghendakkan yang terbaik untuk orang yang beriman. Semoga Allah menempatkan beliau dan keluarga dikalangan orang-orang yang diredai.

Marilah sama-sama mengambil pengajaran dari kejadian ini. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu-Nya? amalan-amalan kita camne? boleh masuk syurga dah? ibadah kita? dah buat dakwah cukup ke?

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Sabar

September 17, 2009 at 6:33 pm | Posted in Experience, Monolog, Refleksi | Leave a comment
Tags: ,

Dekat nak habis Ramadhan ni badan-badan rase kurang sihat. Rase bersin dan batuk-batuk, tekak rase kering. Beberapa kali tidak bertarawih kat masjid. Ade sekali, lepas buka dan solat maghrib terus terbaring sampai tengah malam. Sekarang pun masih lagi batuk2!

Alhamdullillah selamat tiba di tanah air 2 September lepas. Hampir 2 minggu lebih berada di Malaysia. Minggu lepas pergi ke KL menaiki Innova mengambil barang-barang kontena dari UK. Highway baru makin bertambah tapi masih sesat juga. Berape lama la sesat kat tengah bandar ditambah dengan jalan yg jam. Tiba lambat tapi ramai yang datang tolong. Syukur.

Innova balik ke BP bersama barang-barang kontena. Tapi diri ini lepak di Shah Alam 2 hari pasal ade urusan perlu diselesaikan. Plan balik ke BP naik bas dari stesen Seksyen 19 ke Ayer Hitam.Beli tiket jam 10 pagi sehari sebelum balik.

“Bang Ayer Hitam besok 10 pagi ade lagi. Datang awal ye bang besok. 10 minit awal ye”,

“Ok”.

Tiba di stesen bas awal sebelum jam 10. Tunggu punya tunggu…. kul 10. Bas tak sampai lagi. Ok la kasi chance 10 minit. Tup, tap… tup, tap… kul 10:10. Tension ni bas tak sampai lagi, nak marah pun ade gak. Takpe Ramadhan ni kene banyak bersabar. Haih… dah kul 10:15 ni tak sampai lagi.

“Bang, mane bas ni? Lambat dah ni”. Masa beli bukan main suruh datang awal.

“Jap lagi sampai, bas kat Padang Jawa sekarang”.

Berapa jauh Padang Jawa ke sini tak tahulah. Sabar. Tunggu lagi. Tup, tap… tup, tap… tup, tap… 10:30. Mane la pulak bas ni??

Tiba-tiba ade satu bas masuk ke stesen dengan lajunya. POOM! Kedengaran bunyi letupan. Rupanya rim tayar belakang bas tuh terlanggar batu jambatan masuk stesen. “Apehal la bas ni bawak laju-laju.”

IMAGE_040

Bas pun parking la kat stesen tuh. Lagi tension bila mamat tu panggil bas JB tunjuk arah bas pancit tu. “Haih, dah la lambat, bas buat hal plak.” Dengan terik panas matahari, memang menguji kesabaran. Terpaksalah penumpang-penumpang bas menunggu bas ganti datang. Jam 11:10 pagi barulah bas bertolak. Bila terjadi sebegini teringat pula betapa bestnya public transport UK.

Sepanjang perjalanan kat highway utara-selatan, terkandas sekejap kat area Senawang. Ade kemalangan melibatkan lori dengan lori. Peringatan kepada diri supaya memandu kereta dengan lebih berhati2. Rasenya memandu kat UK rasa macam lebih selamat.

IMAGE_041

Pasal kemalangan ni nak komplain sikit pasal jalan kat sini. Jalan raya dari Ayer Hitam ke Batu Pahat. Kalau sape penah lalu memang bahaya. Dengar banyak cerita kemalangan sepanjang jalan ni. Jalan telah dibesarkan jadi dual lane. Jalan raya tuh memang lurus sampai ke BP dekat 30km. Lepas tuh takde divider kat tengah. Ape lagi, kereta semua bawak laju-laju la, lori pun same. Kadang2 dekat jalan dua lane ni tiga kereta sekali lalu. Waktu busy, nak keluar ke jalan besar memanglah payah.Sabar je lah. Hanya satu cadangan dari saya buat kerajaan, buatlah divider dan roundabout.

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”

Ramadhan Terakhir?

August 22, 2009 at 11:33 pm | Posted in Monolog, Refleksi | Leave a comment
Tags: , ,

Alhamdulillah… Baru selesai solat tarawih berjemaah. Lega hati dapat menikmati tarawih berjemaah di masjid hari ini pasal semalam tak dapat nak turut serta atas alasan bekerja. Jadi terpaksa solat bersendirian lepas habis kerja. Rasa agak sedih sebab menyambut hari pertama ramadhan sebegini…  Ramadhan terakhirku di bumi UK ini?

Dalam bulan Ramadhan jamaah waktu isyak memang ramai. Adela dalam 6 ke 7 baris saff, mungkin lebih. Memang seronok melihat ramai muslim bersama-sama solat. Tapi dalam kegembiraan ini, terdetik pertanyaan… Bila tiba Ramadhan sahajakah masjid-masjid penuh? Alangkah indahnya jikalau selepas bulan Ramadhan pun masjid ini sentiasa dikunjungi oleh muslimin.

Salam Ramadhan Mubarak

Dari mata jatuh ke hati

August 4, 2009 at 2:11 pm | Posted in Monolog, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , , , ,

Kenapa nak kahwin?

Kahwin itu sunnah.

Buat sahabat-sahabat di UK mahupun di Malaysia atas dasar kasih-mengasihani sesama saudara islam. Dalam islam matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya halal tetapi deperolehi dengan cara yang tidak diredhai Allah, maka hilanglah barakahnya dalam kehidupan ini.

Assalamualaikum WBT…

Manusia dicipta dengan fitrah perasaan, suka dan berkasih sayang, cinta dan mengharap dicintai. Dan ia juga melibatkan antara mereka yang berbeza jantina. Islam sebagai satu sistem hidup yang sempurna sudah pasti tidak membiarkan fitrah ini terumbang-ambing tanpa panduan.

Allah SWT yang Maha Bijaksana berfirman di dalam al-Quran ” Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu” (al-Maidah 5:3)

Allah SWT yang Maha Mengetahui, sudah pasti tahu apakah batasan yang patut diletakkan kepada manusia-manusia yang Dia ciptakan. Sesungguhnya Pencipta lebih mengetahui tentang perihal yang diciptakan. Maka kita sebagai makhluk kepada Allah, sudah pasti wajib patuh dan tunduk kepada segala aturannya, sama ada kita suka atau tidak, rela mahupun terpaksa. Inilah yang membezakan antara kita dengan orang-orang kafir. Mari kita baca dan fahami apa yang Allah telah gariskan kepada kita tentang hubungan antara lelaki dan perempuan khususnya dengan bukan mahram.

Hukum Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Firman Allah SWT: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).

Imam asy-Syanqiti menerangkan: “Termasuk di dalam penjagaan maruah ialah menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada penzinaan, liwat atau homoseks seperti pergaulan bebas, pandangan yang boleh menimbulkan syahwat dan sebagainya.” (Adwan al-Bayan fi idah al-Quran bi al-Quran, jil 6, ms 126)

Apa pula yang Nabi Muhammad SAW terangkan tentang hal ini? Ummu Salamah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik tempat solat bagi wanita ialah rumah mereka.” (Shahih, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:3327)

Asy-Shaikh Shamsul Haq al-Abadi menyatakan bahawa sebab utama kebaikan wanita solat di rumah ialah untuk menjauhi mereka daripada fitnah yang mungkin timbul apabila berlaku percampuran dengan lelaki. (Awnul Ma’bud bi Syarhi Sunan Abi Daud, jil 2,ms 193). Nah! Sekiranya sewaktu solat juga Islam menyuruh lelaki dan perempuan tidak bercampur bebas, apatah lagi dengan waktu-waktu lainnya.

Batas-Batas Perhubungan Lelaki dan Perempuan

1) Menutup aurat.

Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);.. “(al-Ahzab:59). Aurat wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Asma’ RA: “Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Aurat lelaki dengan wanita bukan mahram ialah daripada bahagian pusat sehinggalah ke lutut.

2) Menjaga pandangan.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).

Bukan semua pandangan diharamkan. Imam asy-Syarbini menerangkan: “Pandangan juga dibolehkan pada bahagian yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai syahwat dan aman daripada nafsu.” (Mughni al-Muhtaj)

3) Tidak berdua-duaan. Ibn Abbas RA berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam khutbahnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki berkhalwat dengan wanita melainkan bersamanya mahram.” (Riwayat Muslim)

Perlu diingatkan bahawa, mahram yang menemani pula mestilah yang memahami hukum-hakam agama dan mampu menegur jika kita melakukan maksiat ketika bersama dengan mereka yang bukan mahram. Berapa ramai mahram yang membiarkan sahaja saudaranya melakukan maksiat!

4) Tidak melembut-lembutkan suara.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat. (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177).

Ini semua termasuklah dalam bermanja-manja dengan bukan mahram, beroman-romantik, bergayut di telefon sambil meluah rasa cinta, bertukar-tukar SMS, ber ‘I love U’ dan ‘U love Me’, ‘I miss U, dan lain-lain lagi.

5) Tidak bersentuhan (tidak kira berlapik mahupun tidak).

Daripada Ma’qil bin Yasar ra, : ” Bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya.” (Riwayat at-Thabrani, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:5045).

Bersentuhah ini termasuklah bersalaman, berpegangan tangan, bertepuk tampar dan lain-lain. Sedangkan bersalaman dengan bukan mahram seperti sepupu itu sudahpun haram, inikan pula untuk berpegangan tangan dan bersentuhan dengan ‘boyfriend’ mahupun ‘girlfriend’.

Larangan menyentuh ini adalah mutlaq tidak kira berlapik mahupun tidak. Jika ada yang beralasan boleh menyentuh jika dengan berlapik, maka tanyalah diri sendiri, berapa banyak bahagian sulit di tubuh kita yang berlapik, akan tetapi adakah kita akan membenarkan ia disentuh? Maka jika tidak, sama sahajalah dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh bukan mahram sama ada berlapik atau tidak, ia tetap haram.

Jika terdetik  rasa bersalah ketika melakukan sesuatu, itulah perkara yang terlarang. Mohonlah ampun daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengampuni.

Sekadar peringatan daripada hamba yang lemah yang tidak mampu menasihati secara trus.

Buka mata, Buka hati

June 26, 2009 at 11:28 am | Posted in Around the World, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , ,

Minggu depan nak buat ape?

Jom pergi Snowdonia!

Buat ape?

Ajak junior yang available.

Ok set, nanti aku plan logistik.

Dalam melakukan sesuatu aktiviti objektif merupakan perkara yang paling utama dan penting. Tanpa objektif kita akan hilang arah tujuan, dan akhir sekali tersesat. Lain plan lain pulak jadi. Sedangkan manusia pun dicipta dengan tujuan oleh Maha Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Lihatlah ape yang berlaku kepada manusia-manusia yang tiada arah tujuan hidup. Jadi robot. Hidup untuk makan, makan untuk hidup.

Bila dah ada objektif, perlu ditanam dalam hati supaya setiap fikiran dan tindakan yang dilakukan akan berdasarkan objektif ini. Insyaallah tidak akan menyimpang. Namun sebagai seorang islam dalam  setiap aktiviti yang kita lakukan ada satu objektif yang memang tidak akan berubah dan tetap, qati’e. Setiap aktiviti/ program yang kita jalankan adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Bagaimana? I think we all already know how. Don’t wasting your time trying to justify everything you do.

Aktiviti yang kerap kali dijalankan akan mungkin menjadi rutin mingguan atau tahunan. Apabila menjalankan rutin, kita akan melakukan dengan separa sedar, tanpa berfikir panjang. Sebagi contoh ibadah solat. Kita solat 5 kali sehari dan menjadi rutin harian yang hebat . Kadang-kadang kita rasa bersalah tertinggal solat walau satu waktu. Al-Quran kata Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar (Al-Ankabuut: 45) tapi kenapa orang yang solat sempurna setiap hari pun masih melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Al-Quran salah ke? Tidak!! kita yang salah. Solat kita masih belum sempurna dan diri kita sendiri masih belum bersih. Reflek balik kehidupan kita. Objektif solat belum tercapai, maka perlunya ada perubahan dalam diri kita.

Sekiranya objektif aktiviti/ program belum atau tidak tercapai, perlunya ada perubahan kepada program tersebut. Aktiviti yang kita jalankan bukanlah wajib diadakan seperti solat, jadi kalau program tak mencapai objektif tak perlu diadakan atau digantikan dengan aktiviti/ program lain yang lebih mencapi matlamat.

Jaulah Snowdonia, Wales 2009

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”. (Al-Ankabuut: 20)

wales09 156-web

The Route to Glyderau

wales09 154-web

wales09 155-web

Pendakian bermula

wales09 162-web

Merapatkan ukhuwah Malaysia dan Indonesia

wales09 174-web

Subhanallah indahnya bumi ini. Ku mencari ilham di puncak.

wales09 189-web

Kami mula menuruni bukit

wales09 206-web

Air terjun yang indah dan tetap mengalir mengikut fitrah alam.

wales09 208-webDestinasi terakhir pantai Penmaenmawr. Kami sempat mencuba terjun ke dalam air Lautan Atlantik. Serius sejuk.

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.