Selamat tinggal UK, Selamat datang Malaysia

September 1, 2009 at 1:17 pm | Posted in Experience, Monolog | Leave a comment
Tags: , ,

Hari ini merupakan hari terakhirku di bumi United Kingdom.

Nottingham kurasakan seperti kampung keduaku… istimewa buat diriku.

Tanah yang dahulunya kering kontang kini menyubur, dan diharapnya akan ada insan-insan yang terus menanam benih-benih.

Di sinilah ku mengenal tarbiyyah,

Di sinilah ke mengenal ukhuwah,

Di sinilah ku mengenal islam,

Walaupun gembira pulang ke tanah air, rase sedih meninggalkan bumi UK ini tetap dirasai…

Debaran juga dirasai memikirkan suasana dan cabaran yang menanti di Malaysia…

“Ya Allah limpahkan kesabaran kepada kami, perkukuhkanlah langkah kami dan bantulah kami menghadapi orang kafir.”

Aku tidak gemar akan ucapan ‘selamat tinggal’ kerana ia umpama pengakhiran untuk segalanya. Jadi akhir kata untuk sahabat-sahabat di UK terutama warga Nottingham dan Lougborough, “Kita jumpa lagi!”

air-asia-airline

Advertisements

Ramadhan Terakhir?

August 22, 2009 at 11:33 pm | Posted in Monolog, Refleksi | Leave a comment
Tags: , ,

Alhamdulillah… Baru selesai solat tarawih berjemaah. Lega hati dapat menikmati tarawih berjemaah di masjid hari ini pasal semalam tak dapat nak turut serta atas alasan bekerja. Jadi terpaksa solat bersendirian lepas habis kerja. Rasa agak sedih sebab menyambut hari pertama ramadhan sebegini…  Ramadhan terakhirku di bumi UK ini?

Dalam bulan Ramadhan jamaah waktu isyak memang ramai. Adela dalam 6 ke 7 baris saff, mungkin lebih. Memang seronok melihat ramai muslim bersama-sama solat. Tapi dalam kegembiraan ini, terdetik pertanyaan… Bila tiba Ramadhan sahajakah masjid-masjid penuh? Alangkah indahnya jikalau selepas bulan Ramadhan pun masjid ini sentiasa dikunjungi oleh muslimin.

Salam Ramadhan Mubarak

Dari mata jatuh ke hati

August 4, 2009 at 2:11 pm | Posted in Monolog, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , , , ,

Kenapa nak kahwin?

Kahwin itu sunnah.

Buat sahabat-sahabat di UK mahupun di Malaysia atas dasar kasih-mengasihani sesama saudara islam. Dalam islam matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya halal tetapi deperolehi dengan cara yang tidak diredhai Allah, maka hilanglah barakahnya dalam kehidupan ini.

Assalamualaikum WBT…

Manusia dicipta dengan fitrah perasaan, suka dan berkasih sayang, cinta dan mengharap dicintai. Dan ia juga melibatkan antara mereka yang berbeza jantina. Islam sebagai satu sistem hidup yang sempurna sudah pasti tidak membiarkan fitrah ini terumbang-ambing tanpa panduan.

Allah SWT yang Maha Bijaksana berfirman di dalam al-Quran ” Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu” (al-Maidah 5:3)

Allah SWT yang Maha Mengetahui, sudah pasti tahu apakah batasan yang patut diletakkan kepada manusia-manusia yang Dia ciptakan. Sesungguhnya Pencipta lebih mengetahui tentang perihal yang diciptakan. Maka kita sebagai makhluk kepada Allah, sudah pasti wajib patuh dan tunduk kepada segala aturannya, sama ada kita suka atau tidak, rela mahupun terpaksa. Inilah yang membezakan antara kita dengan orang-orang kafir. Mari kita baca dan fahami apa yang Allah telah gariskan kepada kita tentang hubungan antara lelaki dan perempuan khususnya dengan bukan mahram.

Hukum Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Firman Allah SWT: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).

Imam asy-Syanqiti menerangkan: “Termasuk di dalam penjagaan maruah ialah menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada penzinaan, liwat atau homoseks seperti pergaulan bebas, pandangan yang boleh menimbulkan syahwat dan sebagainya.” (Adwan al-Bayan fi idah al-Quran bi al-Quran, jil 6, ms 126)

Apa pula yang Nabi Muhammad SAW terangkan tentang hal ini? Ummu Salamah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik tempat solat bagi wanita ialah rumah mereka.” (Shahih, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:3327)

Asy-Shaikh Shamsul Haq al-Abadi menyatakan bahawa sebab utama kebaikan wanita solat di rumah ialah untuk menjauhi mereka daripada fitnah yang mungkin timbul apabila berlaku percampuran dengan lelaki. (Awnul Ma’bud bi Syarhi Sunan Abi Daud, jil 2,ms 193). Nah! Sekiranya sewaktu solat juga Islam menyuruh lelaki dan perempuan tidak bercampur bebas, apatah lagi dengan waktu-waktu lainnya.

Batas-Batas Perhubungan Lelaki dan Perempuan

1) Menutup aurat.

Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);.. “(al-Ahzab:59). Aurat wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Asma’ RA: “Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Aurat lelaki dengan wanita bukan mahram ialah daripada bahagian pusat sehinggalah ke lutut.

2) Menjaga pandangan.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).

Bukan semua pandangan diharamkan. Imam asy-Syarbini menerangkan: “Pandangan juga dibolehkan pada bahagian yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai syahwat dan aman daripada nafsu.” (Mughni al-Muhtaj)

3) Tidak berdua-duaan. Ibn Abbas RA berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam khutbahnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki berkhalwat dengan wanita melainkan bersamanya mahram.” (Riwayat Muslim)

Perlu diingatkan bahawa, mahram yang menemani pula mestilah yang memahami hukum-hakam agama dan mampu menegur jika kita melakukan maksiat ketika bersama dengan mereka yang bukan mahram. Berapa ramai mahram yang membiarkan sahaja saudaranya melakukan maksiat!

4) Tidak melembut-lembutkan suara.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat. (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177).

Ini semua termasuklah dalam bermanja-manja dengan bukan mahram, beroman-romantik, bergayut di telefon sambil meluah rasa cinta, bertukar-tukar SMS, ber ‘I love U’ dan ‘U love Me’, ‘I miss U, dan lain-lain lagi.

5) Tidak bersentuhan (tidak kira berlapik mahupun tidak).

Daripada Ma’qil bin Yasar ra, : ” Bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya.” (Riwayat at-Thabrani, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:5045).

Bersentuhah ini termasuklah bersalaman, berpegangan tangan, bertepuk tampar dan lain-lain. Sedangkan bersalaman dengan bukan mahram seperti sepupu itu sudahpun haram, inikan pula untuk berpegangan tangan dan bersentuhan dengan ‘boyfriend’ mahupun ‘girlfriend’.

Larangan menyentuh ini adalah mutlaq tidak kira berlapik mahupun tidak. Jika ada yang beralasan boleh menyentuh jika dengan berlapik, maka tanyalah diri sendiri, berapa banyak bahagian sulit di tubuh kita yang berlapik, akan tetapi adakah kita akan membenarkan ia disentuh? Maka jika tidak, sama sahajalah dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh bukan mahram sama ada berlapik atau tidak, ia tetap haram.

Jika terdetik  rasa bersalah ketika melakukan sesuatu, itulah perkara yang terlarang. Mohonlah ampun daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengampuni.

Sekadar peringatan daripada hamba yang lemah yang tidak mampu menasihati secara trus.

Buka mata, Buka hati

June 26, 2009 at 11:28 am | Posted in Around the World, Refleksi | Leave a comment
Tags: , , ,

Minggu depan nak buat ape?

Jom pergi Snowdonia!

Buat ape?

Ajak junior yang available.

Ok set, nanti aku plan logistik.

Dalam melakukan sesuatu aktiviti objektif merupakan perkara yang paling utama dan penting. Tanpa objektif kita akan hilang arah tujuan, dan akhir sekali tersesat. Lain plan lain pulak jadi. Sedangkan manusia pun dicipta dengan tujuan oleh Maha Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Lihatlah ape yang berlaku kepada manusia-manusia yang tiada arah tujuan hidup. Jadi robot. Hidup untuk makan, makan untuk hidup.

Bila dah ada objektif, perlu ditanam dalam hati supaya setiap fikiran dan tindakan yang dilakukan akan berdasarkan objektif ini. Insyaallah tidak akan menyimpang. Namun sebagai seorang islam dalam  setiap aktiviti yang kita lakukan ada satu objektif yang memang tidak akan berubah dan tetap, qati’e. Setiap aktiviti/ program yang kita jalankan adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Bagaimana? I think we all already know how. Don’t wasting your time trying to justify everything you do.

Aktiviti yang kerap kali dijalankan akan mungkin menjadi rutin mingguan atau tahunan. Apabila menjalankan rutin, kita akan melakukan dengan separa sedar, tanpa berfikir panjang. Sebagi contoh ibadah solat. Kita solat 5 kali sehari dan menjadi rutin harian yang hebat . Kadang-kadang kita rasa bersalah tertinggal solat walau satu waktu. Al-Quran kata Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar (Al-Ankabuut: 45) tapi kenapa orang yang solat sempurna setiap hari pun masih melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Al-Quran salah ke? Tidak!! kita yang salah. Solat kita masih belum sempurna dan diri kita sendiri masih belum bersih. Reflek balik kehidupan kita. Objektif solat belum tercapai, maka perlunya ada perubahan dalam diri kita.

Sekiranya objektif aktiviti/ program belum atau tidak tercapai, perlunya ada perubahan kepada program tersebut. Aktiviti yang kita jalankan bukanlah wajib diadakan seperti solat, jadi kalau program tak mencapai objektif tak perlu diadakan atau digantikan dengan aktiviti/ program lain yang lebih mencapi matlamat.

Jaulah Snowdonia, Wales 2009

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu”. (Al-Ankabuut: 20)

wales09 156-web

The Route to Glyderau

wales09 154-web

wales09 155-web

Pendakian bermula

wales09 162-web

Merapatkan ukhuwah Malaysia dan Indonesia

wales09 174-web

Subhanallah indahnya bumi ini. Ku mencari ilham di puncak.

wales09 189-web

Kami mula menuruni bukit

wales09 206-web

Air terjun yang indah dan tetap mengalir mengikut fitrah alam.

wales09 208-webDestinasi terakhir pantai Penmaenmawr. Kami sempat mencuba terjun ke dalam air Lautan Atlantik. Serius sejuk.

Rabithah

May 21, 2009 at 10:33 am | Posted in Doa | 1 Comment
Tags: , , ,

Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

bertemu untuk mematuhiMu,

bersatu memikul beban dakwahMu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya.

Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu…

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenanlah permintaan ini.

Jangan lupe bace Al-Ma’thurat setiap hari!!!

Tengah menunggu untuk exam besok. la la la la.

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.